Soalan-soalan yang sering diutarakan kepada pelajar undang-undang ialah
"Susah ke belajar law ni?",
"Kenapa ambil law?",
"Kena banyak menghafal ke?" and more.
So, dalam post ini aku akan cerita serba sedikit pengalaman aku belajar law. Untuk adik-adik yang berminat atau ragu-ragu nak sambung law after SPM sebab mak ayah suruh, silakan baca post ini. Hope this will help to ease your mind and heart on what course to choose.
Q: Belajar law susah ke?
Tiada apa yang senang pada awalnya, nah jawapan cliche aku bagi! Haha. Aku bagi contoh ye. Dulu masa kecil, kita nak belajar matematik tambah tolak semua tu struggle ya amat rasa nak nangis bila tak dapat buat, kena marah pulak tu dengan cikgu. Tapi after a few practices and hard work, semua tu petik jari je bila buat kan? Macam tu jugaklah bila kau belajar law ni. Yang paling penting, kau jangan fikir yang law ni susah, tak boleh buat langsung. Itu fikiran negatif harus dibuang jauh-jauh, campak dalam gunung berapi lagi bagus biar terhapus sampai bila-bila. Kau kena percaya dengan diri sendiri yang kau kau boleh buat. Ingat kata pepatah ni,
Minat pun kena tanam bila belajar law ni. Jangan memilih subjek yang kau suka atau benci. Macam mak ayah tak boleh memilih kasih terhadap anak-anak mereka, macam tu lah kau layan subjek- subjek law ni. Ada subjek yang lagi susah dari yang lain, so instead of benci and tak suka, apa kata kau bagi extra attention kepada subjek tu daripada ignore? Sebab dorang ni special sikit, so layan pun kena special jugak, hehe.
Q: Kenapa ambil law?
Dah berbuih telinga dengar soalan ni! Lecturer selalu tanya soalan ni bila first day class masa sesi suai kenal. Percayalah, majoriti pelajar undang undang ni akan cakap ambil law sebab parents ku gagahi jua. Kononnya anak soleh dan solehah lah dengar cakap parents. Hm biasalah tu kan, remaja sekarang kebanyakannya tak tahu dan clueless nak jadi apa bila dah besar nanti. Doktor, cikgu, polis tu semua general punya jawapan. Bosan.
Tapi tak kurang juga orang yang ambil law ni sebab memang cita-cita nak jadi lawyer. Ada yang nak ikut jejak langkah parents. Ada yang sengaja, suka suki, saja nak test best tak belajar law ni. Ada yang nak jadi prosecutor dan pelbagai lagi 1001 sebab. Oh, ada juga yang ambil law sebab kononnya gaji lawyer ni tinggi, kononnya lah.
Personally, aku ambil law sebab parents aku suruh. Sama macam 90% kawan aku yang lain, haha. The unambitious squad :p
Q: Law ni banyak menghafal ke?
Ya dan tidak. Kalau kau belajar law dengan hanya menghafal je, struggle lah engkau bila exam nanti. Menghafal ni short term memory tau. So ilmu tu tak kekal lama dalam otak kalau kau hafal je. The key to study law is by understanding. Kalau kau faham apa yang kau belajar dalam kelas atau masa ulang kaji, inshaa Allah result exam kau tu kalau tak dapat 4 flat, mesti deans' list punya. Masa asasi, case law yang kita belajar boleh kira dengan jari je banyaknya. Masuk degree, berpuluh, beratus case law kena dipahat dalam otak. So, its okay to think asasi ni susah tapi jangan lama sangat sebab dekat degree nanti lagi banyak cabaran dan harungan dan onak dan duri yang harus ditempuhi.
Ok sampai sini jelah dulu. If ada apa-apa nak tanya, just comment ok? Thank you for reading! ;)